Monday 30 May 2011

Novel Merdeka Merdeka

Merdeka Merdeka

Tema ialah idea keseluruhan atau persoalan pokok yang mengawal sesebuah novel. Tema merupakan unsur terpenting dalam novel yang menjadi lebih menarik apabila digabungkan dengan unsur-unsur lain. Sesuatu tema akan difokuskan kepada sikap dan kehidupan manusiaseperti kemiskinan, kekayaan, perjuangan serta penderitaan. Tema hanya dapat dilihat apabila novel itu selesai dibaca dan keseluruhan karya itu difahami.

Persoalan pula ialah isu-isu atau persoalan-persoalan kecil yang ditimbulkan oleh pengarang untuk mengembangkan cerita. Persoalan-persoalan ini mempunyai kaitan dengan tema hingga sesebuah cerita itu menjadi mantap dan berkesan.

Tema Dalam Novel Merdeka! Merdeka!

Novel Merdeka! Merdeka! bertemakan perjuangan bagi menuntut kemerdekaan tanah air.

Contoh:
  1. Seluruh rakyat di bawah pimpinan Dato' Onn bersatu membentuk UMNO bagi membebaskan negara ini daripada belenggu penjajah dan pengganas.
  2. Kudin yang merupakan seorang pemuda berusia 15 tahun begitu gigih berjuang demi kedaulatan kampung dan tanah airnya.

Persoalan

Semangat patriotik
Contoh:
Selain Kudin, rakyat segenap lapisan turut berjuang bagi membebaskan tanah air daripada cengkaman musuh.

Bersatu dan bermuafakat membuahkan kejayaan
Contoh:
Penduduk Kampung Teras Jernang sama-sama melakukan kawalan di kawasan kampung bagi memastikan kampung tersebut tidak jatuh ke tangan penjajah.
Selain itu, penduduk kampung turut membina kubu bagi menghalang serangan pihak musuh.

Pemuda harapan bangsa dan negara
Contoh:
Kudin dan rakan-rakannya bersatu tenaga bagi mempertahankan kampung mereka agar kesejahteraannya terpelihara.

Penjajahan membawa penderitaan
Contoh:
Akibat penjajahan, rakyat hidup terkongkong kerana kebebasan mereka dalam pelbagai perkara disekat. Selain itu, nyawa mereka terancam dan harta benda turut musnah.

Kecekalan, ketabahan dan keberanian menghadapi cabaran
Contoh:
Semasa zaman penjajahan, pelbagai dugaan dan rintangan silih berganti. Namun begitu, penduduk di Kampung Teras Jernang tetap cekal, tabah dan berani menghadapi ancaman musuh.

Bertindak mestilah menggunakan kepintaran akal
Contoh:
Pemimpin masyarakat Melayu menggesa setiap rakyat bertindak bijak menggunakan akal dalam melaksanakan sesuatu tindakan bagi menentang musuh.

No comments:

Post a Comment