Monday 30 May 2011

LATIHAN KERJA RUMAH

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulislah satu ringkasan tentang sebab-sebab belakunya bencana alam. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah bentuk asal.

Bencana alam kerap berlaku sejak kebelakangan ini seperti banjir, tanah runtuh, ribut, taufan, gempa bumi dan sebagainya.Di negara kita banjir kilat yang melanda Kulim pada Mei 2011, tanah runtuh di Gua Musang dan banjir besar yang melanda Kedah pada penghujung tahun 2010 menunjukkan bahawa Malaysia juga tidak terkecuali daripada dilanda bencana alam. Bencana alam lazimnya mengakibatkan nyawa terkorban, harta benda musnah, dan banyak pihak akan mengalami kerugian wang ringgit.
                Walaupun bencana alam di Malaysia tidak terlalu banyak meragut nyawa berbanding dengan bencana alam di luar negara, namun kita perlu tetap prihatin tentang situasi sebenar yang menyebabkan berlakunya bencana alam tersebut. Setiap kali apabila bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh berlaku, banyak pihak menyalahkan pihak berkuasa. Pihak berkuasa dikatakan gagal dalam pelaksanaan dasar alam sekitar. Selain itu, sebilangan pencinta alam pula pula menuduh sesetengah teknokrat yang bersikap rakus dan tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar menyebabkan alam sekitar rosak dan mengakibatkan bencana alam berlaku.
                Kesan rumah hijau sering menjadi perdebatan dalam kalangan para pencinta alam. Mereka melahirkan rasa bimbang kerana kesan rumah hijau menyebabkan suhu dunia meningkat dan seterusnya menyebabkan pemanasan global. Pemanasan global menyebabkan air di kutub utara dan kutub selatan mencair lalu meningkatkan paras laut hingga menyebabkan banjir serta menenggelamkan kawasan yang rendah. Selain itu, penerokaan kawasan lereng bukit untuk pembangunan menyebabkan kerosakan alam sekitar. Dalam pada itu,  pembuangan sisa toksik dan sisa pepejal yang tidak terurus oleh sektor perkilangan turut mengakibatkan bencana alam seperti pemcemaran air dan udara. Pencemaran sungai yang disebabkan oleh pembuangan sisa toksik yang tidak terkawal ke dalam sungai akan menjejaskan hidupan akuatik dan sumber air kepada manusia. Pelepasan gas seperti amonia secara berleluasa dan habuk daripada kilang simen pula mendatangkan bencana kerana mengakibatkan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan seperti batuk dan lelah.
                                Selain itu, kegiatan pembalakan secara haram dan penebangan hutan bagi tujuan pembangunan menyebabkan semakin banyak kawasan tadahan ait tercemar.  Dalam masa yang sama, peningkatan paras air laut menimbulkan risiko banjir yang lebih buruk. Kejadian hakisan pantai pula menyebabkan penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan pantai terpaksa menghadapi ancaman ombak besar yang dapat meragut nayawa dan memusnahkan harta benda. Hakikatnya bencana alam berlaku sebilangan besarnya kerana manusia gagal mengurus alam sekitar dengan sempurna. Manusia seolah-olah lalai dengan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar yang dianugerahkan Tuhan.
                                                                                                                               (Dipetik daripada Kasih Alamku, Dewan Siswa Febuari 2007)
Bahagian A (II) Pemahaman
Berdasarkan petikan di bahagian satu jawab soalan-soalan berikut berdasarkan pilihan anda.     
1.     Apakah maksud rangkai kata-kata mengakibatkan nyawa terkorban? (2M)

2.      Berdasarkan petikan, berikan dua kesan bencana alam terhadap kehidupan manusia. (4M)

3.     Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan oleh manusia agar bencana alamn tidak berlaku? (4M)
iiiii 
AApakah sebab-sebab berlaku bencana alam?
1.Pihak berkuasa gagal melaksanakan dasar alam sekitar
b Pihak teknokrat bersikap rakus dan tidak bertanggungjawab
c Kesan rumah hijau menyebabkan suhu dunia meningkat dan menyebabkan pemanasan global
ddPenerokaan kawasan lereng bukit untuk tujuan pembangunan
e. Pembuangan sisa toksik dan sisa pepejal yang tidak terurus
fff Pelepasan sisa gas amonia dan habuk daripada kilang simen secara berleluasa
ggKegiatan pembalakan secara haram dan penebangan hutan bagai tujuan pembangunan






No comments:

Post a Comment