Tuesday 31 May 2011

KARANGAN BERPANDU.

Bencana alam yang berlaku menyebabkan kesan-kesan tertentu kepada manusia. 180 patah perkataan
---Kecederaan dan kematian          ----kehilangan harta benda dan tempat tinggal
                           ---Kemusnahan hasil tanaman      
PENDAHULUAN: Contoh
(A1)           Bencana alam ialah sesuatu tragedi yang berlaku di luar kawalan manusia. Mala petaka yang berlaku ini mendatangkan pelbagai kesan kepada mangsanya.(A2) Kebelakangan ini banyak bencana alam yang berlaku di dunia ini seperti tsunami, gempa bumi, ribut taufan, kemarau dan banjir.
ISI 1 :(A1) Apa kesan pertama bencana alam? 
           Antara kesan bencana ialah, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan juga kematian. (A2)Mengapa bencana alam mencederakan mangsa dan meragut nyawa?Bencana alam dapat menyebabkan mangsa yang terkena bencana itu cedera atau meninggal dunia kerana mangsa tidak sempat menyelamatkan diri semasa bencana itu berlaku. (A3) Bagaimana hal ini berlaku? Hal ini berlaku sedemikian kerana mangsa tidak menyedari bahawa mereka akan ditimpa bencana alam. Contohnya semasa berlakunya bencana tsunami, didapati mangsa dihanyutkan arus ombak yang luar biasa. 
           A(1)Bencana alam juga menyebabkan manusia akan kehilangan harta benda dan tempat tinggal. (A2 Mengapa berlaku demikian?) Pepatah mengatakan malang tidak berbau, manusia yang menghadapi bencana alam tidak dapat menyelamatkan  harta benda dan tempat tinggal mereka. Kejadian ini berlaku dengan begitu pantas dan tidak disangka-sangka. Contohnya kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang memusnahkan asrama Anak Yatim dan bangunan tempat mereka belajar
           

Monday 30 May 2011

LATIHAN KERJA RUMAH

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulislah satu ringkasan tentang sebab-sebab belakunya bencana alam. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah bentuk asal.

Bencana alam kerap berlaku sejak kebelakangan ini seperti banjir, tanah runtuh, ribut, taufan, gempa bumi dan sebagainya.Di negara kita banjir kilat yang melanda Kulim pada Mei 2011, tanah runtuh di Gua Musang dan banjir besar yang melanda Kedah pada penghujung tahun 2010 menunjukkan bahawa Malaysia juga tidak terkecuali daripada dilanda bencana alam. Bencana alam lazimnya mengakibatkan nyawa terkorban, harta benda musnah, dan banyak pihak akan mengalami kerugian wang ringgit.
                Walaupun bencana alam di Malaysia tidak terlalu banyak meragut nyawa berbanding dengan bencana alam di luar negara, namun kita perlu tetap prihatin tentang situasi sebenar yang menyebabkan berlakunya bencana alam tersebut. Setiap kali apabila bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh berlaku, banyak pihak menyalahkan pihak berkuasa. Pihak berkuasa dikatakan gagal dalam pelaksanaan dasar alam sekitar. Selain itu, sebilangan pencinta alam pula pula menuduh sesetengah teknokrat yang bersikap rakus dan tidak bertanggungjawab terhadap alam sekitar menyebabkan alam sekitar rosak dan mengakibatkan bencana alam berlaku.
                Kesan rumah hijau sering menjadi perdebatan dalam kalangan para pencinta alam. Mereka melahirkan rasa bimbang kerana kesan rumah hijau menyebabkan suhu dunia meningkat dan seterusnya menyebabkan pemanasan global. Pemanasan global menyebabkan air di kutub utara dan kutub selatan mencair lalu meningkatkan paras laut hingga menyebabkan banjir serta menenggelamkan kawasan yang rendah. Selain itu, penerokaan kawasan lereng bukit untuk pembangunan menyebabkan kerosakan alam sekitar. Dalam pada itu,  pembuangan sisa toksik dan sisa pepejal yang tidak terurus oleh sektor perkilangan turut mengakibatkan bencana alam seperti pemcemaran air dan udara. Pencemaran sungai yang disebabkan oleh pembuangan sisa toksik yang tidak terkawal ke dalam sungai akan menjejaskan hidupan akuatik dan sumber air kepada manusia. Pelepasan gas seperti amonia secara berleluasa dan habuk daripada kilang simen pula mendatangkan bencana kerana mengakibatkan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan seperti batuk dan lelah.
                                Selain itu, kegiatan pembalakan secara haram dan penebangan hutan bagi tujuan pembangunan menyebabkan semakin banyak kawasan tadahan ait tercemar.  Dalam masa yang sama, peningkatan paras air laut menimbulkan risiko banjir yang lebih buruk. Kejadian hakisan pantai pula menyebabkan penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan pantai terpaksa menghadapi ancaman ombak besar yang dapat meragut nayawa dan memusnahkan harta benda. Hakikatnya bencana alam berlaku sebilangan besarnya kerana manusia gagal mengurus alam sekitar dengan sempurna. Manusia seolah-olah lalai dengan tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar yang dianugerahkan Tuhan.
                                                                                                                               (Dipetik daripada Kasih Alamku, Dewan Siswa Febuari 2007)
Bahagian A (II) Pemahaman
Berdasarkan petikan di bahagian satu jawab soalan-soalan berikut berdasarkan pilihan anda.     
1.     Apakah maksud rangkai kata-kata mengakibatkan nyawa terkorban? (2M)

2.      Berdasarkan petikan, berikan dua kesan bencana alam terhadap kehidupan manusia. (4M)

3.     Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan oleh manusia agar bencana alamn tidak berlaku? (4M)
iiiii 
AApakah sebab-sebab berlaku bencana alam?
1.Pihak berkuasa gagal melaksanakan dasar alam sekitar
b Pihak teknokrat bersikap rakus dan tidak bertanggungjawab
c Kesan rumah hijau menyebabkan suhu dunia meningkat dan menyebabkan pemanasan global
ddPenerokaan kawasan lereng bukit untuk tujuan pembangunan
e. Pembuangan sisa toksik dan sisa pepejal yang tidak terurus
fff Pelepasan sisa gas amonia dan habuk daripada kilang simen secara berleluasa
ggKegiatan pembalakan secara haram dan penebangan hutan bagai tujuan pembangunan






Latar Novel Merdeka Merdeka

Latar Masyarakat Novel Merdeka,Merdeka

Masyarakat yang sentiasa bermuafakat dan bersatu dalam melakukan sesuatu.Contohnya
Masyarakat Kampung Teras Jernang sentiasa bermuafakat dan bersatu dalam melakukan sesuatu demi keamanan bersama seperti membina kubu dan mengadakan kawalan kampung secara bergilir-gilir.
Masyarakat yang bersemangat patriotik dan gigih mempertahankan tanah air.Contohnya
Masyarakat Kampung Teras Jernang begitu bersungguh-sungguh berusaha bagi memastikan negara mencapai kemerdekaan. Mereka bersatu bagi menggagalkan usaha penjajah untuk menubuhkan Malayan Union.
Golongan muda yang berwawasan
Contohnya
Kudin dan kawan-kawannya digambarkan sebagai golongan muda yang berwawasan. Mereka ingin melihat negara mereka mengecap kebebasan yang sebenarnya. Justeru, mereka turut menyertai pelbagai usaha yang diatur bagi mencapai hasrat tersebut.
Ketua yang bertanggungjawab
Contohnya
Dato’ Onn merupakan ketua yang bertanggungjawab merealisasikan impian rakyat untuk melihat negara ini bebas daripada belenggu penjajahan.
Golongan raja yang memahami kehendak rakyat.Contohnya
Persefahaman antara raja dan rakyat dapat menghindar sebarang bencana, seterusnya hasrat Inggeris mahu menubuhkan Malayan Union mengalami kegagalan.

Novel Merdeka Merdeka

Merdeka Merdeka

Tema ialah idea keseluruhan atau persoalan pokok yang mengawal sesebuah novel. Tema merupakan unsur terpenting dalam novel yang menjadi lebih menarik apabila digabungkan dengan unsur-unsur lain. Sesuatu tema akan difokuskan kepada sikap dan kehidupan manusiaseperti kemiskinan, kekayaan, perjuangan serta penderitaan. Tema hanya dapat dilihat apabila novel itu selesai dibaca dan keseluruhan karya itu difahami.

Persoalan pula ialah isu-isu atau persoalan-persoalan kecil yang ditimbulkan oleh pengarang untuk mengembangkan cerita. Persoalan-persoalan ini mempunyai kaitan dengan tema hingga sesebuah cerita itu menjadi mantap dan berkesan.

Tema Dalam Novel Merdeka! Merdeka!

Novel Merdeka! Merdeka! bertemakan perjuangan bagi menuntut kemerdekaan tanah air.

Contoh:
  1. Seluruh rakyat di bawah pimpinan Dato' Onn bersatu membentuk UMNO bagi membebaskan negara ini daripada belenggu penjajah dan pengganas.
  2. Kudin yang merupakan seorang pemuda berusia 15 tahun begitu gigih berjuang demi kedaulatan kampung dan tanah airnya.

Persoalan

Semangat patriotik
Contoh:
Selain Kudin, rakyat segenap lapisan turut berjuang bagi membebaskan tanah air daripada cengkaman musuh.

Bersatu dan bermuafakat membuahkan kejayaan
Contoh:
Penduduk Kampung Teras Jernang sama-sama melakukan kawalan di kawasan kampung bagi memastikan kampung tersebut tidak jatuh ke tangan penjajah.
Selain itu, penduduk kampung turut membina kubu bagi menghalang serangan pihak musuh.

Pemuda harapan bangsa dan negara
Contoh:
Kudin dan rakan-rakannya bersatu tenaga bagi mempertahankan kampung mereka agar kesejahteraannya terpelihara.

Penjajahan membawa penderitaan
Contoh:
Akibat penjajahan, rakyat hidup terkongkong kerana kebebasan mereka dalam pelbagai perkara disekat. Selain itu, nyawa mereka terancam dan harta benda turut musnah.

Kecekalan, ketabahan dan keberanian menghadapi cabaran
Contoh:
Semasa zaman penjajahan, pelbagai dugaan dan rintangan silih berganti. Namun begitu, penduduk di Kampung Teras Jernang tetap cekal, tabah dan berani menghadapi ancaman musuh.

Bertindak mestilah menggunakan kepintaran akal
Contoh:
Pemimpin masyarakat Melayu menggesa setiap rakyat bertindak bijak menggunakan akal dalam melaksanakan sesuatu tindakan bagi menentang musuh.

Novel Azfa Hanani

TEMA
Novel ini bertemakan pengorbanan dan kemuliaan hati seorang gadis dalam menghadapi desakan hidup. Contohnya, Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana tidak mahu membebankan pak long yang terpaksa menanggung pembelajarannya. Dengan menyamar sebagai Tengku Murni, dia juga dapat membantu mendapatkan kos rawatan untuk Zuraini yang lumpuh. Selain itu, penyamaran Azfa Hanani sebagai Tengku Murni juga dapat membuatkan Datin Maziah kembali pulih daripada menghadapi tekanan perasaan kerana Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak perempuan tunggalnya telah terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya.
PERSOALAN
Persoalan yang terkandung dalam novel ini ialah masalah kehilangan anak tersayang yang menyebabkan penderitaan batin. Contohnya, Datin Maziah yang tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadisnya, Tengku Murni telah meninggal dunia dalam kemalangan menghadapi tekanan jiwa.
Persoalan lain pula ialah perhubungan yang terhalang kerana perbezaan darjat. Contohnya, perhubungan antara Tengku Murni dengan Ekran tidak direstui oleh keluarga Tengku Murni dan Tengku Muzaffar berusaha untuk memisahkan hubungan mereka. Keluarga Tengku Murni menganggap Ekran berasal dari keluarga yang susah kerana sikap merendah diri Ekran.Pengorbanan dalam menempuh kehidupan. Contoh peristiwa yang mengambarkan pengorbanan ialah Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz bagi menggantikan tempat Tengku Murni. Kesanggupannya itu juga membolehkan sepupunya mendapat rawatan penyakit lumpuhnya sebagai balasan. Azfa Hanani berkorban dengan meninggalkan rakan-rakannya dan keluarga di kampung. Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah. Hal yang demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa Tengku Muzaffar dan Tengku Datuk Makmur seakan-akan tidak menyukai kehadirannya di rumah itu. Berani mengambil risiko. Dalam novel ini,Azfa Hanani ialah seorang gadis yang baru berusia 17 tahun tetapi berani mengambil risiko dengan menyamar sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baharu, iaitu di rumah baharu, sekolah baharu dan kawan-kawan yang baharu.
WATAK UTAMA
Azfa Hanani
1. Gadis cantik dan berwajah lembut serta penyayang.
2. Remaja berusia 17 belas tahun yang kematian kedua-dua orang tuanya.
3. Dibesarkan oleh Pak Long Madi dan Mak Long Diah dalam serba kekurangan.
4. Lemah dalam subjek bahasa Inggeris.
5. Baik hati dan sanggup berkorban.
6. Tabah mengharungi dugaan hidup.
7. Mengenang budi.
8. Berjaya menerima anugerah Pengerusi Terbaik Forum Remaja peringkat daerah.
9. Sanggup menyamar sebagai Tengku Murni supaya Datin Maziah pulih daripada masalah tekanan perasaan.
WATAK SAMPINGAN
Datin Maziah
1. Isteri kepada Tengku Datuk Makmur.
2. Ibu kepada lima orang cahaya mata, iaitu Tengku Murshadad, Tengku Mizran, Tengku Mazran,Tengku Muzaffar, dan Tengku Murni.
3. Ibu yang penyayang, terutamanya terhadap anak perempuan tunggalnya, Tengku Murni.
4. Tertekan sebagai akihat kematian anak bongsunya, Tengku Murni.
5. Sering berasa kesunyian setelah Tengku Datuk Makmur bernikah dengan seorang gadis muda.
Tengku Murni
1. anak perempuan tunggal dalam keluarga Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah.
2. Wajahnya seiras wajah Azfa Hanani. Anak yang taat kepada orang tuanya. Dia begitu manja dengan ibunya.
5. Sikap mesranya menyebabkan dia disenangi oleh rakan-rakannya.
6. Pernah menjalinkan hubungan dengan Ekran, tetapi ditentang oleh abangnya, Tengku Muzaffar.
Tengku Muzaffar
1. Anak keempat Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah . Pelajar Universiti Malaya tahun akhir dalam jurusan undang-undang. Seorang yang sombong pada awalnya kerana statusnya.Penyayang kerana mengambil berat akan keselamatan Azfa Hanani
2
3. Datuk Tengku Makmur
4. Seorang hartawan dan berketurunan bangsawan Mempunyai dua orang isteri iaitu Datin Maziah dan seorang wanita muda
3. Seorang yang bengis dan sombong kerana bertindak kasar terhadap Azfa Hanani
4. Seorang yang berpegang pada janji kerana menerima semula Azfa Hanani setelah mengetahui identiti sebenarnya
2.
LATAR
Terdapat beberapa latar dalam novel ini. Antaranya latar tempat. Latar tempat yang terkandung dalam novel ini ialah:
Di Sekolah Menengah Sri Diah : Sekolah lama Hanani yang terletak kira-kira 15 kilometer dari rumahnya. Di Sekolah Menengah Taman Sari : Tempat Hanani belajar semasa dia menyamar sebagai Tengku Murni. Di Hotel Universe : Tempat Hanani diajar oleh Tengku Mazran cara-cara untuk makan, minum, dan bertutur apabila berhadapan dengan Tengku Maziah. Di Institut Lingua Franca : Tempat Hanani belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun. Di banglo Datin Maziah : Tempat Tengku Maziah dan Datuk Tengku Makmur tinggal bersama-sama dengan anak-anaknya dan tempat Hanani menyamar sebagai Tengku Murni.
BINAAN PLOT
Novel yang saya kaji ialah novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohamad Hanafiah.Binaan plot atau jalan cerita novel ini disusun secara kronologi atau mengikut peristiwa.
Pada peringkat permulaannya, pengarang memperkenalkan watak utama dan penceritaan (pernyataan isi 1). Contohnya, kita diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui pencuri buku di perpustakaan sekolah telah dapat dikesan dan akan ditangkap serta diambil tindakan. Dia telah dipanggil ke bilik pengetua. Rupa-rupanya dia ditawarkan menjadi anak emas keluarga kaya dan diminta untuk menyamar kerana wajahnya mirip Tengku Murni. Pengarang menjadikan cerita ini semakin rumit apabila watak utama menghadapi pertikaian dengan watak lain(Pernyataan isi 2). Contohnya, sewaktu Azfa Hanani mendapat bungkusan hadiah daripada Ekran. Ekran mengaku bahawa dia mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni namunmendapat tentangan daripada seseorang. Pada peringkat klimaks, penarang memaparkan detik cemas yang dihadapi oleh watak utama( pernyataan isi 3).Sebagai contoh, Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffar menjadi penghalang perhubungan akrab Tengku Murni dan Ekran kononya tidak setaraf pangkat dan darjat. Berlaku pertengkaran yang besar antara Tengku Muzaffar dan Azfa Hanani. Datin Maziah yang terdengar perbalahan mereka berasa begitu marah dan tertipu.Azfa Hanani ditampar dan dihalau keluar dari banglo mereka.Akhirnya pada peringkat peleraian segala persoalan telah terjawab dan menemukan jalan penyelesaian kepada permasalahan yang telah timbul sebelum ini( pernyataan isi 4). Penulis menceritakan Datuk Tengku Makmur memberitahu Azfa Hanani bahawa beliau yang sedang mabuk telah melanggar teksi yang dinaiki keluarga Azfa Hanani hingga mengakibatkan ibu dan bapa Azfa Hanani terbunuh. Datin Maziah dan Datuk Tengku Makmur berjanji menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang untuk menebus kesilapan mereka 16 tahun lalu
PELERAIAN AZFA HANANI
Peleraian novel ini ialah Keluarga Datin Maziah datang ke rumah pak long Hanani. Mereka memberitahukan rahsia bahawa merekalah yang menjadi punca kemalangan sehingga menyebabkan kematian ibu dan bapa Hanani. Mereka berjanji akan akan menebus dosa itu dan akan memberikan kasih sayang kepada Hanani. Hanani diterima semula tinggal di banglo Datin Maziah. Kali ini dia tidak perlu menyamar sebagai Nini lagi. Sementara itu, Hari Sumbangsih berjaya mengumpulkan sebanyak RM16 655.00. Iskandar pula terbunuh dalam kemalangan dan Laili yang membonceng motosikal itu cedera parah. Semasa Hanani ke rumah Ekran, dilihatnya Tengku Muzaffar sedang membantu Ekran menyiapkan sebuah gerai. Akhirnya, Hanani mendapat tahu akan latar belakang keluarga Ekran yang sebenarnya.
KLIMAKS
Klimaks dalam novel ini ialah bermula pada Hari Sumbangsih diadakan. Pada hari itu, Hanani berpeluang bersemuka dengan Ekran dan mendengar penjelasan daripada Ekran tentang hubungannya dengan Tengku Murni terputus atas sebab-sebab tertentu. Hanani juga diberitahu tentang dompet Tengku Murni yang ada pada Ekran. Melalui diari Tengku Murni, Hanani mendapat tahu bahawa hubungan Ekran dan Tengku Murni terputus disebabkan oleh Tengku Muzaffar yang menghalang hubungan tersebut demi menjaga nama baik keluarga meraka. Hanani berasa terhina lalu terjadi pertengkaran antara mereka. Pertengkaran itu menyebabkan Datin Maziah mengetahui tentang penyamaran Hanani. Akibatnya Hanani ditampar dan dihalau oleh Datin Maziah.
NILAI
Nilai murni yang terkandung dalam novel ini ialah nilai bertanggungjawab. Contoh peristiwanya ialah sikap pak long dan mak long Hanani yang menjaga dan menyekolahkannya walaupun mereka sendiri hidup dalam kesempitan. Seterusnya nilai prihatin Contohnya, Tengku Mazran dan isterinya Safinaz yang membantu pak long Hanani dengan membiayai kos perubatan Zurina. Selain itu terdapat nilai merendah diri. Contohnya Ekran bersikap merendah diri walaupun keluarganya berada. Akhirnya nilai berdikari. Contohnya watak Ekran walaupun keluarganya berada dia berdikari menjual burger.
PENGAJARAN
Pengajaran yang terkandung dalam novel ini ialah kita hendaklah sedia berkorban demi kesejahteraan orang lain. Contohnya, Azfa Hanani yang sanggup menerima tawaran Tengku Mazran untuk menyamar sebagai arwah adiknya, Tengku Murni setelah Tengku Mazran berjanji untuk menanggung kos perubatan penyakit sepupunya Zurina. Selain itu, kita perlu berusaha untuk memperbaik kelemahan diri. Contohnya, Azfa Hanani yang belajar bahasa Inggeris dan bahasa Jepun di Institut Lingua Franca bagi mengatasi kelemahannya dalam bahasa Inggeris.